Want your
own Fotopage?













 
*azuriah's family FotoPage*

By: azuriah abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Monday, 5-May-2008 07:53 Email | Share | | Bookmark
Menghitung Hari..... naik rumah baruuuuu....

 
 
 
View all 4 photos...
Agak lama jgk mama tok dan masa langsung nok update FP ni. Bz pasal gapo pun to tau. Balik sek, tengok2 jam dekat pukul 3. Then, terkocoh2 g semayang zohor. On Tuesdays, ada Kokurikulum kat sekolah. Sundays, mama have to teach xtra class for year 6 till 3pm. In th evening plk, almost…kami sekeluarga g dkt rumah yg bakal diduduki, InsyaAllah cuti sekolah bulan 5 nanti. Buat apa2 yg patut, ayah cangkul tanah yg tok rata, mama pulok paka duk hambat darimi jah. Baihaqi dgn lorry n spade dia jah, kaut tanah masuk dlm lorry, then buang balik, masuk balik… malam pulok, nok buat kerja, kena tunggu si kecik tido dulu…tamboh pulok loni panda doh saing dgn abe long..slagi abe long tok tido, selagi tu lah dia duk ‘galok’. Last2, tutup lampu seluruh rumah, baru lah tido. Masalahnya, dgn mama n ayoh tido sama sampai ke pagi… So, start balik rutin sama.
Plus, nok balik tmerah pun tokleh, ayah tokleh nok tinggal rumah coz now tgh wayaring . Paham2 la, segala jenis besi n wayar memang sentiasa diintai oleh mat drug…mmg kena gi prati sokmo. Lagipun, dh ada rumah dekat kawasan tu yg in progress wayaring, hbs dikebas mat drug...So, baik beware...
Actually, hari ni plan nok gi tengok perabot. Nok beli apa2yg patut untuk rumah baru…. Chewasssss!!!!! But, bila tengok dua bradik tu tido, kensel terus. So, dapat la mama duk sskejap dpn komp….. sempat la ambik pic gaya bebas dua beradik tu tido..... Abe Long yg tok lepas dgn mask ultraman, patung ultraman n adik dgn asyik duk hisap thumb.


Anak2 terunaku...





Satu kapal dengan Aiman jugok lah...minat ultraman....... Thu 8-May-2008 06:01
Posted by:kak su  - [Link]
Add comment


Friday, 25-Apr-2008 01:34 Email | Share | | Bookmark
Ayoh @Kenyir

 
 
 
View all 12 photos...
Inilah gambar2 yg ayoh snap hasil gi makan angin tinggal mama n kids kat rumah tunggang langgang kat rumah... Hheheheheee... ayoh jgn mareee... gurau jerr...
Dah byk hari my hubby tanya,"Masuk doh gambar dlm FP?" Aii.... Dia pulak yg lebih2... So, untuk tidak menghampakan ayoh n friends, ni lah gambar2 nya...



Kami sekeluarga mmg dah sampai dekat Kenyir ni... tapi, just birai2 jer... duk lepak2 dekat Pengkalan Gawi tu jer... Nak naik bot ronda2, tak dok geng plus darimi still kecik. dalam 6 bulan rasanya masa tu.. tak berani nok bwk deep through the lake...





dari atas bot...


Ayoh dgn ikan toman... bila ditanya, "pancing sendiri ke?" dgn bangga ayoh jawab..."ho lah...." sambil tersengih-sengih. Lama lepas tu, baru tau ikan toman tu dipancing guna 'tauk'...




Apa yg pasti, ikan toman tu dah selamat dimakan ayoh... goreng bawang berlada...

Ni pulok air terjun Lasir ditengah2 tasik kenyir...





ada byk lagi pic... nanti laa, edit smula..Ni pulok, ayoh n the Geng ...KSPK Seni 2008 IPKT Batu Rakit.






woit... mana ikannya? x upload lagi ke?
mesti puah ati makang ikang tangkapan sang suami..
bejelok ah napoknye...
Fri 25-Apr-2008 07:11
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
mat bakri ka yg tangkap ikan tu ka eksyen ja huahahaha Fri 4-Dec-2009 14:18
Posted by:pidah pinkdelima@yahoo.com
Add comment


Friday, 18-Apr-2008 09:12 Email | Share | | Bookmark
testing...

before this, mama ada la buat testing power guna photo impact. bukan photo shop. software ada, but tok ingat doh nok create guana...

jemput la bertandang kat my FP.. nak bagi bunga kantan ni.. Thu 24-Apr-2008 14:06
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Friday, 18-Apr-2008 03:39 Email | Share | | Bookmark
SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1429 HIJRAH - SKPH

wajah ceria 3 kaliber..
PK1, cikgu MuDa...
setiap kelas kena buat 5 sepanduk, untuk dinilai...
View all 11 photos...
Hari ni, mama ada masa nak duk depan komputer... ayah is not at home. ayah gi Kenyir, 2days 1 night dengan coursemates and art lecturers. Esok baliklaaa, so, tinggalla mama n hero 2 orang ni.. digital camera pun ayah bwk, so, tok leh la mama nok paste abe long and darimi's pic... semua dlm camera. takpe, nanti ayah balik kenyir, boleh mama masuk gambar kat kenyir pulok....

Mama nak recall sambutan hari maulidurrasul peringkat sekolah baru2 ni. baru pun tok la baru jugok, 3 april lepas..


pagi- semua berkumpul di tapak pehimpunan sebelum berarak depan sekolah, then buat u turn, balik semula ke sekolah...







antara sepanduk hasil kreativiti murid2.



ada byk lg... tungguuuuuuu.. nok gi masak kejap.

Care to comment?


Friday, 18-Apr-2008 03:11 Email | Share | | Bookmark
BAHAYA MICROWAVE OVEN...

Sebelum naik rumah baru, mama mmg teringin sgt nak beli microwave. Duk 'tenampak2 microwave baru atas kabinet dapur.... heheheee, angan2 mat jenin. then, last week, masa tengah2 belek majalah anis kat library sekolah, mama terpandang satu article.... baca punya baca, terlopong skejap, then duk alhamdulillah sorang2, 'nasib baik aku tak beli lagi.... Nak tau pasal apa? ni dia.....

BAHAYA MICROWAVE OVEN……….

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg...! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.


Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!


Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

Sumber : ANIS, Mac 2008

Care to comment?


Thursday, 17-Apr-2008 10:12 Email | Share | | Bookmark
MERDEKAAAA!!!!

Hari ni, at 12.10 pm till now, i feel so relieve!!!!! Why? bcoz the exam was over!!!
Subjek apa yg mama ambik for three days? ni dia:
1. TEACHING OF DRAMA & POETRY IN AN ESL CONTEXT
2. INTRODUCTION OF DRAMA N POETRY
3. TEACHING OF LITERATURE IN AN ESL CONTEXT
All the subjects i did 'goreng n stew'...Hahaaaaaa..

so, now , i will have lots of my ample time to update my FP and to explore others' too. then, within a month, the assignments will take place yet. what to do????? 1 1/2 years to go through this burden. Can't wait for that time.. YYEEEHAAAAAA!!!!!


so, nak start citer: very early in the morning, around 3 a.m, i woke up for the last revision, and about 4 a.m, abe long woke up and "join" reading me at the loving room, and after afew minutes later, my lil' son woke up tooo!!!! with big and fresh eyes, joining me reading!!! HEMMMM, tok jadi study terus.... duk layan dia till 6.am. at 6, dia tido balik..


pictures will attach later....

Care to comment?


Friday, 11-Apr-2008 06:41 Email | Share | | Bookmark
Baihaqi zaman kecik.....

baihaqi n ayah...
my first step on Kelulut beach...
I'm 'cleaning' the kitchen..in my walker...
View all 10 photos...
Hari ni mama nak letak pic baihaqi masa umo dekat2 setahun. Nasib baik ada CD masa gi cuci gmbar. Kalu dok, byk pic baihaqi ilang masa komp kena virus. tok leh back up files.Sedih sgt bila ingatkan gmbar2 yg dulu...
Biarlah, at least ada jugok gmbar kecik baihaqi yg chubby.

Masa ni, still ada kebun tebu. Our landlord tak buat rumah sewa yg lain lagi. Now, kebun tebu dah jadi rumah sewa semi D......




Ni pulak, masa jln2 waktu petang. Singgah sbetar dkt Pantai Kelulut. Masa ni, baihaqi tok leh jalan lagi. Kira first time dia jejak kaki atas tanah...




Bab mengemas rak pinggan kat dapur..


masa baihaqi sorang, mmg mama n ayoh slalu g jln2. planning plk on the spot. ni masa ronda2 dkt dungun, then we had our lunch by the sea side.



tengok jambul saya.... cantik kan?


These pictures: when we wnet to Sekayu Waterfall when baihaqi was 1.




Seksinya baihaqi........kenapa tok ajok mama nga ayoh join sekali? Fri 11-Apr-2008 10:27
Posted by:Cik Su  - [Link]
azu.. k ina tengok doh tag baru tu.. nok tergolek rasanya... x tau la apa nak jadi ya.. hahaha.. hanya kita2 aje yg tau ya.. Wed 16-Apr-2008 21:44
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Monday, 7-Apr-2008 02:19 Email | Share | | Bookmark
EXaM Season.....:(

Nowadays, mmg i have no time at all to update this FP. Exam season.... First paper was yesterday.... TEACHING DRAMA & POET IN AN ESL CONTEXT... tensen gilerrr.. just imagine, the exam started at 2.00 till 5.10 pm. Lenguh segala gala... Chewasss,,mcm la terer jawab. Terer goreng ade laaaa.... Next paper will be on 16 n 17 April... Nanti mama update everypicture lepas exam laaa..

Care to comment?


Saturday, 29-Mar-2008 11:45 Email | Share | | Bookmark
Ayoh's art work...

 
[b]Tadaaaaa!!!!!
Kali ni mama nok tepek karya seni ayoh pulok. Ayoh for the time being, tengah ambik kursus KSPK seni dekat Institut Perguruan Batu Rakit selama setahun. End of this year habih la.
Selama dekat 5 tahun kawin, baru la mama tau yang hubby mama ni panda nnukih rupanya... boleh la tahan dia punya art work. yang paling menjadi, dia lukis figure pokcik tua dengan beruk atas basikal... Beruk memang jadi beruk! bukan jadi tikus mondok pung!!!!
Kaloh mama la pulok. Buat masa ni, ayoh n his coursemates kena buat cat minyak atas kanvas. Dengan tema Air Terjun Sekayu. Referring to the pictures taken when they went to Sekayu, they have to draw and paint using oil paint. Other art work yang ayoh dah buat nanti mama paste next time... [/b]



Suasana Sekayu.... Tajuk lukisan ni mama reka jah... Tuan punya lukisan tok letok tajuk pung lagii...

Patut le Baihaqi pandai 'mengkaler'. Menurun Mama nga Ayoh dio ruponya..... Cantik lah lukisan tu....Daun-daun di pangkal pokok tu nampak macam betul-betul daun. Wed 9-Apr-2008 07:57
Posted by:kak su  - [Link]
sah2 keturunan artist... dari ayoh ke mama ke anok... mmg berdarah warna warni ler azu sekuarga nih.. darimi x tau agi stakat nih.. tapi dengo pada gelok kemaren.. ada doh aura tu.. hikhikhikhikhikhik... Wed 9-Apr-2008 10:23
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Saturday, 29-Mar-2008 11:45 Email | Share | | Bookmark
BAIHAQI'S ART PIECE....

 
Chewah.... dengar ke tajuk, macam la bagus sgt. Tapi ni la hasil kerja baihaqi in coloring. Bab color, tak dok masalah tapi bab suruh menulis, Ya Allah, tuhan saja yg tahu.... bayangkan, masa color, pegang color pensel molek2 ada, tapi, time suruh tulis abc, bayangkan dia pegang pensel dengan ibu jari dengan jari telunjuk shj! ada jah alasan dia, ngantuk la, nok tido la dll.kecik2 dah pandai buat helah bela diri.......

Tapi, apa pun mama quite happy bila tengok dia kaler...



Eh...ok sangat doh tu Baihaqi 'mengcolor'. kalau Aiman...belum reti lagi. Bab menulis setakat ni Alhamdulillah. Apa pun...bravo bravo untuk Baihaqi.....'menurun' mama dia tu, pandai 'mengcolor'!!! Mon 31-Mar-2008 01:22
Posted by:Kak su  - [Link]
Rupa2nya kak su, dia buleh sgt menulis. tanya pengasuh dia kat Taska, nulis molek2 ado dkt taska..... time kita suruh baru laa dia nak tunjuk perasaan. Meme loni tiap2 mlm ajar ngaler... biar dia rajin belek buku... at least, tok la tengok CD. Loni tokleh tengok CD doh. Azu susuk extension wyre. Jadi gak, loni just duk main jet ultraman. Thu 3-Apr-2008 03:10
Posted by:cik azu  - [Link]
hmmmm.. hari ni hari hantar komen sedunia.. kdg2 x dang nok leave comment.. baca2.. baru nok type komen, ada2 je halangannya...

oooo.. baihaqi kat skoloh rajin nulih rupanya.. dpn mama je dia buat2 malas.. merisaukan mama je la sebenornya azu.. baihaqi tu nok buat kezutan.. sedor2 kekgi, teruh buat essay.. baru terkejut mama..
Sat 5-Apr-2008 01:24
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.